Thursday, 15 September 2011
Peminangan pendahuluan pernikahan.
assalamualikum kepada semua sahabat2 yang mengenali diri ana....,hari ni rse mcm na m'naip je..he3..em..hri ni ana na berkongsi serba sdikit tntng "PEMINANGAN PENDAHULUAN PERNIKAHAN"...em bagi ana peminangan yg lbih berkat kpda se"orang gadis adalah sebagaimana yg mengikut sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali.Em..praktikalnya ,ia bermaksud menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengatahuan wali. emm...kalau kite tgok skarang kn,ramai remaja hri ini berpandangan:"sekarang zaman moden,remaja boleh bertunang sesama sendiri tanpa perlu melibatkan orang tua.Lagipun wali hanya diperlukan dalam majlis akad nikah bukannya dalam pertunangan."hari2 ana bce mjalah solusi,ada 1 crita dlm 2 la dkt bhagian remaja.se'orang remaja 2 brtanya:"Apakah sudh dikira bertunang apabila lelaki menyatakan hasratnya utk mnjadi suami n bernikah dengan seorang prmpuan mlalui teknologi skrng mcm telefon bimbit @ internet? penulis 2 mnjawab: "saya musykil tntang perkara ini kerana sahabat menyatakan mereka sudah bertunang hanya melalui panggilan telefon atau sms."jawapan saya sederhana:"Apabila se'orang lelaki mnyatakan hasrat,ini baru proses sebelah pihak @ disebut peminangan." Em..adakah mereka dh dikira bertunang? Belum lagi kerana perlu melihat persetujuan pihak satu lg pula.Adakah prmpuan itu sebulat hati mnrima @ masih berbelah bahagi?jika dia sebulat hati menyatakan persetujuan,barulah kedua2 pihak;lelaki n perempuan ini dikira tlah b'janji utk berkahwin @ d'sbut bertunang. Ya,barangkali mereka dikira bertunang,namun alangkah beradabnya jika bertunang melibatkan komitmen keluarga.Bukn itu shja,bahkan digalakkan menggunakan khidmat orang tengah dan memuliakan wali dlm urusan,Ini adlah contoh yg d'tnjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan golongan salafussoleh.Hasrat boleh d'nyatakan melalui ap2 medium skalipun.Perlu diigatkan juga,keindahan islam ini bukn s'kadar pd hukum2 @ syariah,malah terzahir juga melalui akidah dan akhlaknya.Aqidah islam menyakini bhwa Rasulullah s.a.w ialah contoh terbaik dlm setiap tindakan n amalan.Akhlak islam pula memuliakan ibu bapa dan mnghormati keluarga.Tidak kira sama ada mereka berbuat baik@tidak kpd kita.kita perlu berakhlak mulia terhadap mereka kerana ia perintah Allah. Peminangan yang lbih berkat kpd seorang gadis adalah sebagaimana yg mngikut sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali.Prakikalnya,ia bermaksud menyatakan hasrat melalui perantaraan wali @ dlm pngatahuan wali.Apabila Rasulullah s.a.w ingin menikahi Aisyah r.ha.(satu2 nya wnita yg dinikahi ktika msih gadis),Rasulullah mnyatakn hasrat itu kpd bapa Aisyah; Abu Bakar al siddiq.Keelokan peribadi dan besarnya potensi Aisyah diketahui m dikenali melaui org tngah iaitu khawlah binti hakim,bukannya melalui berkawan2 dengan Aisyah r.ha. sndri.Manakala dlm peminangan terhadap janda,Rasulullah s.a.w. banyak menggunakan khidmat org tgah dan merujuk walinya sndri.Namun,Baginda juga pernah menyatakan hasratnya scra langsung kpd calon tersebut seperti pinangan Baginda trhdap ummu hani binti abi talib.Walau bgimanapun,pinangan Baginda i2 ditolakPernah terjadi satu kisah seperti yg diriwayatkan dlm sebuah hadis.Daripada Abdullah bin buraidah drpda Aisyah bhwa s'orng wnita prgi menemui aisyah.Beliau berkata kpdanya,"Bapaku telah mengahwinkan aku dgn ank saudaranya utk mnghilangkan kehinaanya sdngkan aku tidak mnyukainya,"maka Aisyah berkata:Duduklah shingga Rasulullah dtg"setelah Rasulullah s.a.w. dtg,Aisyah memberitahu Baginda lalu Rasulullah s.a.w. mngutus seorang kpd bapa wnita n mnjmputnya dtg.Rasulullah membrikan hak membuat kputusn kpd wnita itu.Wanita itu berkata"Wahai Rasulullah! saya tlah reda dgn ap yg dilakukan oleh bapaku,ttpi sya cma ingin m'gatahui,adkah ad hak bg wnita m'buat ktetapan?"Dalam riwayat yg lain:"saya inginkn kaum wnita mngrti bhwa bukn bapa yang berhak utk m'buat ketetapan."(riwayat al nasa'i)...emm buat para remaja,muliakan ibu bapamu.Raikan ibu bapa si dia.Dahulukan mereka dlm urusan pminagan n pertunangan.insya-Allah,urusanmu ini lbih berkat n mngikat.Moga keberkatanya berpanjangan sepanjang alam perkahwinan pula.Ingatlah,s'sungguhnya sukar mncri bhgia tnpa restu orang tua...emm tu je la serba sdikit yg dpt dikongi b'sme sahabat2..wasalam...:)
Monday, 12 September 2011
Kebaikan Purdah
1. Para Ulama' berselisih pendapat tentang purdah, yakni yang menutup seluruh muka / atau menutup muka kecuali mata - samada hukumnya wajib atau sunat, atau sekadar adat yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Kesemua pendapat tersebut disandarkan kepada dalil2 Al-Quran dan hadith Nabi SAW.
2. Apa yang jelas dan disepakati adalah, hukum memakai purdah bukanlah sesuatu yang haram.
3. Saya cenderung untuk mengambil pendapat yang agak pertengahan, yakni tidak terlalu meremehkan dan tidak terlalu memberatkan, di mana saya berpendirian bahawa hukum memakai purdah bukanlah di tahap wajib tetapi dalam masa yang sama ia merupakan satu amalan yang ahsan ( lebih baik )
4. Di samping meneliti perbahasan yang bersifat ilmiah tentang hukum berpurdah , elok juga kita memberikan sedikit fokus kepada hikmah amalan tersebut. Yakni kebaikan yang bakal diperolehi daripada pemakaian purdah itu sendiri. Adapun bagi yang tidak mahu mengamalkannya, maka kita tidak pula memaksa atau menghukum secara berlebihan.
5. Berpurdah, dari segi 'nilai tambah' boleh diumpamakan seperti berserban. Ini dari sudut hikmah pelaksanaan. Seorang yang berserban lebih cenderung menghindari perkara2 yang sia2, atau memandang kepada sesuatu yang ditegah , dan yang sewaktu dengannya. Bermakna serban yang dipakainya secara tidak langsung menjadi asbab kepada kemolekan akhlak dan amal perbuatannya. Maka amal tersebut menjadi pendidik kepada dirinya untuk menjadi lebih baik.
6. Demikian juga purdah. Seorang muslimat yang berpurdah sudah tentu lebih tegas menjauhi perkara2 yang tidak baik. Dalam waqi' di Malaysia, meskipun pemakai purdah dilihat sebagai amat ganjil ataupun asing, namun hikmahnya lebih jelas. Iaitu pandangan mata daripada lelaki2 yang rosak hatinya tidak akan singgah kepada mereka. Dengan kata lain, mereka terhindar dari fitnah hati dan juga menjadi asbab kerosakan hati orang lain. Dalam masa yang sama, lelaki2 tadi lebih cenderung melihat ( meng'usha' ) perempuan2 yang sifatnya terdedah ( muka, tangan, kaki dsbg ).
7. Ringkasnya, dari satu sudut kebaikan, berpurdah atau berserban dilihat mempunyai kesan positif dalam mendidik akhlak dan peribadi mukmin / mukminah. Maka, tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu cuba untuk menyesuaikan diri dengan pemakaian purdah atau serban, dengan tujuan untuk menjadikannya sebagai asbab dalam mengislahkan diri mereka sendiri. Kerana saya optimis, bahawa tidaklah mereka yang memakai purdah atau serban itu disebabkan rasa cukup sempurna atau bangga dengan kehebatan / nilai wara' yang ada pada diri mereka, bahkan sebahagian besarnya adalah bertujuan untuk pengislahan diri sendiri.
8. Isu keselamatan tidak wajar dimomokkan kepada pemakai purdah. Ini kerana di zaman yang serba canggih ini, sepatutnya teknologi lebih bijak mendahului penipuan di sebalik sehelai kain. Amatlah bodoh jika di zaman yang serba maju ini, pihak berkuasa tidak dapat menjumpai bom atau apa sahaja yang kononnya cuba disembunyikan di sebalik sehelai kain. Demikian juga dengan mesin pengimbas yang sepatutnya sudah boleh memantau kesemua kebimbangan mereka tersebut. Bahkan sebaliknya, isu keselamatan dilihat hanyalah sebagai alasan untuk mengekang umat Islam sahaja.
9. Namun begitu, pemakaian purdah bukanlah sesuatu yang wajar jika berada di tempat yang didiami oleh muslimah kesemuanya, umpamanya di bilik kuliah dan sebagainya. Bahkan dalam keadaan tersebut, tidak berpurdah adalah lebih baik untuk berkenal2an dan mengeratkan silaturrahim.
10. Berpurdah juga bukanlah bertujuan supaya orang tidak kenal akan wajah kita. Ini kerana, kemungkinan besar wajah kita sudah dikenali oleh sebahagian besar kenalan dan sahabat2. Kemudian kita merasa kekok untuk menutup wajah kita di hadapan mereka kerana merasakan mereka sudah mengenali wajah kita. Ini silap. Bahkan niatnya jelas terpesong.
11. Berpurdah adalah untuk mengambil jalan lebih selamat, yakni supaya terhindarnya pandangan lelaki kepada kita, yang mana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah, atau dalam sesetengah keadaan boleh menaikkan syahwat mereka. Kalau dengar suara pun sebahagian lelaki boleh naik syahwat , apatah lagi tengok muka. Sebagaimana Allah ta'ala sebut dalam surah Al- Ahzab ayat 32 . Maka tujuan kita adalah demi kemaslahatan bersama, bukan supaya orang tak kenal dengan rupa kita.
12. Begitu juga dengan perempuan yang cantik, yakni yang elok rupa parasnya. Adalah sesuatu yang terpuji jika dia mengambil inisiatif untuk berpurdah , supaya dirinya terselamat dari dipandang lelaki ajnabi dan juga dalam masa yang sama dia dapat menjaga kemaslahatan lelaki2 tadi dari terdorong oleh syaitan dan hawa nafsu untuk melihat kecantikan wajahnya.
13. Kesimpulannya, ada beberapa keadaan di mana memakai purdah menjadi negatif atau menimbulkan salah faham , antaranya jika berada dalam lingkungan muslimah sahaja atau jika berada dalam zon yang ketat kawalan keselamatannya. Manakala dalam keadaan2 yang lain, memakai purdah itu dilihat memberikan banyak kesan positif kepada si pemakai dan juga orang sekeliling. Tinggal lagi tepuk dada tanyalah iman masing2. Andai merasakan diri cukup kuat untuk menjadi 'kuat' - fastaqim. Jika tidak, maka jangan pula menghalang orang lain dari melakukan kebaikan. Asasnya adalah ' untuk siapa '.
Wallahua'lam.
*hafizquran.blogspot.com