Pages

  • Home

:::Mata Pedang:::

:::cinta Allah:::

:::cinta Allah:::

::::ana::::

::::ana::::

:::cute:::

:::cute:::

::cover your aurah::

::cover your aurah::

:::MTNP:::

:::MTNP:::

:::jom solat:::

Salat times for Sungai Madulang, ٢٦٦٠٠ Pekan, Pahang, Malaysia٣,. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Get Your Prayer Times Widget!

Followers

Blog Archive

  • ▼  2011 (8)
    • ▼  October (2)
      • Anda Wajib Kahwin!!!
      • :::MUSLIMAH:::
    • ►  September (6)

:::ALLAH:::

Monday, 17 October 2011

Anda Wajib Kahwin!!!

Anda wajib kahwin!!..kenapa?..sebab anda dah cukup 10 syarat di bawah ney..so mula lah kumpul duit yer..

-Cinta bertambah indah dengan ikatan pernikahan..-

10 TANDA WAJIB KAHWIN

1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.
“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)

Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai ‘buah hati’. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua.” – Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.

2. Kehidupan yang tidak terurus.

Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya.” – Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.

3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina

Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya ‘ya’ dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa.” – Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.

“Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka…” – Surah an-Nur: 30-31

Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.

“Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya.” – Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.

Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.

ALLAH berfirman:

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” – Surah ar-Rum: 21

4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.

Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga ‘Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” – Surah at-Taubah: 71-72

5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.

Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:

“Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.” – Hadith riwayat Abu Daud.

Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:

“Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara.” – Hadith riwayat Muslim.

Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.

6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.

Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga).” – Surah ali-Imran : 14

Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.

7. Jatuh cinta pada seseorang.

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah ‘Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.’ Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.

ALLAH berfirman:

“DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya…” – Surah al-A’raf: 189

8. Desakan hawa nafsu

Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:

“Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya.” – Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.

Maksud ‘wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan’ bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.

9. Beronani.

Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi’e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas.” – Surah al-Mukminun: 5-7

“Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal.” – Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa’i dan Ahmad.

Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.

10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.

Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.

ALLAH berfirman:

“…Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja…” – Surah an-Nisa’ : 3.

Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.
Posted by hamba Allah at 23:12 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Friday, 7 October 2011

:::MUSLIMAH:::

Posted by hamba Allah at 00:46 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Thursday, 15 September 2011

Peminangan pendahuluan pernikahan.

assalamualikum kepada semua sahabat2 yang mengenali diri ana....,hari ni rse mcm na m'naip je..he3..em..hri ni ana na berkongsi serba sdikit tntng "PEMINANGAN PENDAHULUAN PERNIKAHAN"...em bagi ana peminangan yg lbih berkat kpda se"orang gadis adalah sebagaimana yg mengikut sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali.Em..praktikalnya ,ia bermaksud menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengatahuan wali.  emm...kalau kite tgok skarang kn,ramai remaja hri ini berpandangan:"sekarang zaman moden,remaja boleh bertunang sesama sendiri tanpa perlu melibatkan orang tua.Lagipun wali hanya diperlukan dalam majlis akad nikah bukannya dalam pertunangan."hari2 ana bce mjalah solusi,ada 1 crita dlm 2 la dkt bhagian remaja.se'orang remaja 2 brtanya:"Apakah sudh dikira bertunang apabila lelaki menyatakan hasratnya utk mnjadi suami n bernikah dengan seorang prmpuan mlalui teknologi skrng mcm telefon bimbit @ internet? penulis 2 mnjawab: "saya musykil tntang perkara ini kerana sahabat menyatakan mereka sudah bertunang hanya melalui panggilan telefon atau sms."jawapan saya sederhana:"Apabila se'orang lelaki mnyatakan hasrat,ini baru proses sebelah pihak @ disebut peminangan." Em..adakah mereka dh dikira bertunang? Belum lagi kerana perlu melihat persetujuan pihak satu lg pula.Adakah prmpuan itu sebulat hati mnrima @ masih berbelah bahagi?jika dia sebulat hati menyatakan persetujuan,barulah kedua2 pihak;lelaki n perempuan ini dikira tlah b'janji utk berkahwin @ d'sbut bertunang. Ya,barangkali mereka dikira bertunang,namun alangkah beradabnya jika bertunang melibatkan komitmen keluarga.Bukn itu shja,bahkan digalakkan menggunakan khidmat orang tengah dan memuliakan wali dlm urusan,Ini adlah contoh yg d'tnjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan golongan salafussoleh.Hasrat boleh d'nyatakan melalui ap2 medium skalipun.Perlu diigatkan juga,keindahan islam ini bukn s'kadar pd hukum2 @ syariah,malah terzahir juga melalui akidah dan akhlaknya.Aqidah islam menyakini bhwa Rasulullah s.a.w ialah contoh terbaik dlm setiap tindakan n amalan.Akhlak islam pula memuliakan ibu bapa dan mnghormati keluarga.Tidak kira sama ada mereka berbuat baik@tidak kpd kita.kita perlu berakhlak mulia terhadap mereka kerana ia perintah Allah. Peminangan yang lbih berkat kpd seorang gadis adalah sebagaimana yg mngikut sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali.Prakikalnya,ia bermaksud menyatakan hasrat melalui perantaraan wali @ dlm pngatahuan wali.Apabila Rasulullah s.a.w ingin menikahi Aisyah r.ha.(satu2 nya wnita yg dinikahi ktika msih gadis),Rasulullah mnyatakn hasrat itu kpd bapa Aisyah; Abu Bakar al siddiq.Keelokan peribadi dan besarnya potensi Aisyah diketahui m dikenali melaui org tngah iaitu khawlah binti hakim,bukannya melalui berkawan2 dengan Aisyah r.ha. sndri.Manakala dlm peminangan terhadap janda,Rasulullah s.a.w. banyak menggunakan khidmat org tgah dan merujuk walinya sndri.Namun,Baginda juga pernah menyatakan hasratnya scra langsung kpd calon tersebut seperti pinangan Baginda trhdap ummu hani binti abi talib.Walau bgimanapun,pinangan Baginda i2 ditolakPernah terjadi satu kisah seperti yg diriwayatkan dlm sebuah hadis.Daripada Abdullah bin buraidah drpda Aisyah bhwa s'orng wnita prgi menemui aisyah.Beliau berkata kpdanya,"Bapaku telah mengahwinkan aku dgn ank saudaranya utk mnghilangkan kehinaanya sdngkan aku tidak mnyukainya,"maka Aisyah berkata:Duduklah shingga Rasulullah dtg"setelah Rasulullah s.a.w. dtg,Aisyah memberitahu Baginda lalu Rasulullah s.a.w. mngutus seorang kpd bapa wnita n mnjmputnya dtg.Rasulullah membrikan hak membuat kputusn kpd wnita itu.Wanita itu berkata"Wahai Rasulullah! saya tlah reda dgn ap yg dilakukan oleh bapaku,ttpi sya cma ingin m'gatahui,adkah ad hak bg wnita m'buat ktetapan?"Dalam riwayat yg lain:"saya inginkn kaum wnita mngrti bhwa bukn bapa yang berhak utk m'buat ketetapan."(riwayat al nasa'i)...emm buat para remaja,muliakan ibu bapamu.Raikan ibu bapa si dia.Dahulukan mereka dlm urusan pminagan n pertunangan.insya-Allah,urusanmu ini lbih berkat n mngikat.Moga keberkatanya berpanjangan sepanjang alam perkahwinan pula.Ingatlah,s'sungguhnya sukar mncri bhgia tnpa restu orang tua...emm tu je la serba sdikit yg dpt dikongi b'sme sahabat2..wasalam...:)
Posted by hamba Allah at 19:44 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Monday, 12 September 2011

Kebaikan Purdah

1. Para Ulama' berselisih pendapat tentang purdah, yakni yang menutup seluruh muka / atau menutup muka kecuali mata - samada hukumnya wajib atau sunat, atau sekadar adat yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Kesemua pendapat tersebut disandarkan kepada dalil2 Al-Quran dan hadith Nabi SAW.

2. Apa yang jelas dan disepakati adalah, hukum memakai purdah bukanlah sesuatu yang haram.

3. Saya cenderung untuk mengambil pendapat yang agak pertengahan, yakni tidak terlalu meremehkan dan tidak terlalu memberatkan, di mana saya berpendirian bahawa hukum memakai purdah bukanlah di tahap wajib tetapi dalam masa yang sama ia merupakan satu amalan yang ahsan ( lebih baik )

4. Di samping meneliti perbahasan yang bersifat ilmiah tentang hukum berpurdah , elok juga kita memberikan sedikit fokus kepada hikmah amalan tersebut. Yakni kebaikan yang bakal diperolehi daripada pemakaian purdah itu sendiri. Adapun bagi yang tidak mahu mengamalkannya, maka kita tidak pula memaksa atau menghukum secara berlebihan.

5. Berpurdah, dari segi 'nilai tambah' boleh diumpamakan seperti berserban. Ini dari sudut hikmah pelaksanaan. Seorang yang berserban lebih cenderung menghindari perkara2 yang sia2, atau memandang kepada sesuatu yang ditegah , dan yang sewaktu dengannya. Bermakna serban yang dipakainya secara tidak langsung menjadi asbab kepada kemolekan akhlak dan amal perbuatannya. Maka amal tersebut menjadi pendidik kepada dirinya untuk menjadi lebih baik.

6. Demikian juga purdah. Seorang muslimat yang berpurdah sudah tentu lebih tegas menjauhi perkara2 yang tidak baik. Dalam waqi' di Malaysia, meskipun pemakai purdah dilihat sebagai amat ganjil ataupun asing, namun hikmahnya lebih jelas. Iaitu pandangan mata daripada lelaki2 yang rosak hatinya tidak akan singgah kepada mereka. Dengan kata lain, mereka terhindar dari fitnah hati dan juga menjadi asbab kerosakan hati orang lain. Dalam masa yang sama, lelaki2 tadi lebih cenderung melihat ( meng'usha' ) perempuan2 yang sifatnya terdedah ( muka, tangan, kaki dsbg ).

7. Ringkasnya, dari satu sudut kebaikan, berpurdah atau berserban dilihat mempunyai kesan positif dalam mendidik akhlak dan peribadi mukmin / mukminah. Maka, tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu cuba untuk menyesuaikan diri dengan pemakaian purdah atau serban, dengan tujuan untuk menjadikannya sebagai asbab dalam mengislahkan diri mereka sendiri. Kerana saya optimis, bahawa tidaklah mereka yang memakai purdah atau serban itu disebabkan rasa cukup sempurna atau bangga dengan kehebatan / nilai wara' yang ada pada diri mereka, bahkan sebahagian besarnya adalah bertujuan untuk pengislahan diri sendiri.

8. Isu keselamatan tidak wajar dimomokkan kepada pemakai purdah. Ini kerana di zaman yang serba canggih ini, sepatutnya teknologi lebih bijak mendahului penipuan di sebalik sehelai kain. Amatlah bodoh jika di zaman yang serba maju ini, pihak berkuasa tidak dapat menjumpai bom atau apa sahaja yang kononnya cuba disembunyikan di sebalik sehelai kain. Demikian juga dengan mesin pengimbas yang sepatutnya sudah boleh memantau kesemua kebimbangan mereka tersebut. Bahkan sebaliknya, isu keselamatan dilihat hanyalah sebagai alasan untuk mengekang umat Islam sahaja.

9. Namun begitu, pemakaian purdah bukanlah sesuatu yang wajar jika berada di tempat yang didiami oleh muslimah kesemuanya, umpamanya di bilik kuliah dan sebagainya. Bahkan dalam keadaan tersebut, tidak berpurdah adalah lebih baik untuk berkenal2an dan mengeratkan silaturrahim.

10. Berpurdah juga bukanlah bertujuan supaya orang tidak kenal akan wajah kita. Ini kerana, kemungkinan besar wajah kita sudah dikenali oleh sebahagian besar kenalan dan sahabat2. Kemudian kita merasa kekok untuk menutup wajah kita di hadapan mereka kerana merasakan mereka sudah mengenali wajah kita. Ini silap. Bahkan niatnya jelas terpesong.

11. Berpurdah adalah untuk mengambil jalan lebih selamat, yakni supaya terhindarnya pandangan lelaki kepada kita, yang mana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah, atau dalam sesetengah keadaan boleh menaikkan syahwat mereka. Kalau dengar suara pun sebahagian lelaki boleh naik syahwat , apatah lagi tengok muka. Sebagaimana Allah ta'ala sebut dalam surah Al- Ahzab ayat 32 . Maka tujuan kita adalah demi kemaslahatan bersama, bukan supaya orang tak kenal dengan rupa kita.

12. Begitu juga dengan perempuan yang cantik, yakni yang elok rupa parasnya. Adalah sesuatu yang terpuji jika dia mengambil inisiatif untuk berpurdah , supaya dirinya terselamat dari dipandang lelaki ajnabi dan juga dalam masa yang sama dia dapat menjaga kemaslahatan lelaki2 tadi dari terdorong oleh syaitan dan hawa nafsu untuk melihat kecantikan wajahnya.

13. Kesimpulannya, ada beberapa keadaan di mana memakai purdah menjadi negatif atau menimbulkan salah faham , antaranya jika berada dalam lingkungan muslimah sahaja atau jika berada dalam zon yang ketat kawalan keselamatannya. Manakala dalam keadaan2 yang lain, memakai purdah itu dilihat memberikan banyak kesan positif kepada si pemakai dan juga orang sekeliling. Tinggal lagi tepuk dada tanyalah iman masing2. Andai merasakan diri cukup kuat untuk menjadi 'kuat' - fastaqim. Jika tidak, maka jangan pula menghalang orang lain dari melakukan kebaikan. Asasnya adalah ' untuk siapa '.


Wallahua'lam.
*hafizquran.blogspot.com
Posted by hamba Allah at 23:03 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Sunday, 4 September 2011

kisah bukti cinta umar bin abdul aziz untuk is3 nya bukan dgn emas prmata

sesudah umar abdul aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul Mukminin,umar langsung m'gajukan pilihan kpd fatimah binti abdul malik bin marwan, is3 tercinta. Umar berkata kepadanya,"is3 ku sayang,kanda harap dinda memilih satu di antara dua," fatimah bertanya kepada suaminya,"memilih apa kekanda?" Umar bin adul aziz menerangkan,"memilih antara perhiasan emas berlian yang dinda pakai dengan umar bin abdul aziz yang mendampingimu," kata fatimah,"Demi Allah,dinda tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu,ya Amirul Mukminin,inilah emas permata dan seluruh perhiasanku." kemudian khalifah umar bin abdul aziz menarima semua perhiasan i2 dan menyerahkannya ke Baitulmal,khazanah negara kaum muslimin.sementara umar bin abdul aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa,iaitu roti dan sedikit garam..
Posted by hamba Allah at 20:25 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

mujahid soleh idaman wanita solehah

♥♥♥ (ღ˘◡˘ღ) ♥♥♥

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dengan kehendak hati, insya-Allah ku redha ketetapan Illahi..


~~~~~♥~~~~~♥~~~~~♥~~~~~♥~~~~~♥~~~~~♥~~~~~

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah,
Diriku bukan setabah Khadijah al-Kubra,
Bukan juga semulia Fatimah Az Zahra,
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumayyah,
Tidak juga seteguh Aisha Humaira.

Kerana diri hanya An-Nisa' akhir zaman,
Dimana Dunia yang terus dipuja,
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama,
Dimana batas sentiasa dileraikan,
Dimana ukhuwah sentiasa dipinggirkan..
Namun aku akan terus berusaha memperbaiki diri demi mendapatkan redha Allah.

Prinsip hidup ~> ♥

~>♥ Sabar Sabar Sabar ♥ Allah SWT sayangkan orang yang sabar♥
~>♥ Tabahkan hatimu, kuatkan akalmu, teguhkan imanmu, mantapkan akidahmu, kukuhkan peganganmu.

Posted by hamba Allah at 18:23 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

✿ ciri ciri wanita solehah✿

WANITA SOLEHAH
Solat tepat waktu
Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
Bercakap dengan rendah suara.
Lembut dan halus tingkahlakunya.
Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
Pandai mengambil hati orang tua.
Menghormati dan taat ibubapa.
Kesayangan keluarga dan tetangga.
Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
Rambut tak diwarnakan.
Banyak dan murah dengan senyuman.
Banyak mendengar dari bercakap.
Senyuman adalah ketawanya.
Tidak ketawa terbahak-bahak.
Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki...♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.♥♫•♫♥

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿ •.¸¸.•´¯`•.♥
Posted by hamba Allah at 18:11 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
@ 2011 wardah ad-deen; Many thanks to: Blogger Templates / blog Design Company / SEO / free template Blog